Saturday, April 30, 2011

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Dia Penyakit Kencing Manis

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?

Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan

Pil

Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untukpesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikkut keadaan penyakit seseorang.

Rawatan awal adalah penting.

Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis

Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat

Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia

Ubat

Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil

Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna

Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor

Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis

Makanan

Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis

Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan

Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian

Panduan makanan

Makanan yang patut dielakkan

Gula

Gula melaka

Coklat

Jem

Madu

Sirap

Aiskrim

Biskut-biskut yang manis

Susu pekat

Minuman ringan

Gula-gula jeli

Makanan yang patut dikurangkan

Nasi

Roti

Ubi kentang

Ubi keledek

Ubi kayu

Jus

Kelapa

Daging kambing

Buah-buahan jeruk

Bahan-bahan tenusu

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas

Serbuk lada

Rempah-rempah

Serbuk kari

Cecair – air,the, kopi,jus tomato dan limau, sup cair

Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.

Penjagaan berat badan

Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk

Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun

Kalau anda gemuk

Kurangkan makanan !

Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak

Bersenamlah selalu

Senaman

Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun

Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik

Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman

Mengelakkan jangkitan

Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :

Selalu menjaga kebersihan diri

Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak

Mandilah selalu

Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan

Jaga kebersihan gigi

Menjauhkan diri dari kecederaan

Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar

Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki

Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada

Berhati-hati semasa bercukur

Penjagaan kaki

Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda

Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama

Jangan pakai kasut yang ketat

Sentiasa urutkan kaki anda

Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit

Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-

Buta

Kerosakan buah pinggang

Sakit jantung dan penyakit lumpuh

Darah tinggi

Penyakit saraf

Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari

Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki

Tidak sedarkan diri

Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut

Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik

Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan

Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia

Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat

Terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia

Friday, April 22, 2011

Strok/Angin Ahmar mengganggu kehidupan

Strok/Angin Ahmar

Apa itu Strok/Angin Ahmar?

Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke
bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan
kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu
fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan
diri dan/atau lemah sebahagian anggota.

Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan
kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan
ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital
Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes
penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta
penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar?

Faktor risiko penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:
• Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke
atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.
• Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
• Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang
menghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient
Ischaemic Attack)

Faktor risiko untuk anda mendapat Strok/Angin Ahmar adalah:
• Tekanan Darah Tinggi (sila rujuk penyakit HYPERTENSION)
• Kencing manis (sila rujuk DIABETES MELLITUS)
• Paras kolesterol tinggi (sila rujuk HYPERCHOLESTRONEMIA)
• Merokok
• Berat badan yang berlebihan
• Cara hidup tidak aktif (sedentari)
• Tekanan/stress
• Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
• Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan

Bagaimana saya tahu yang saya diserang Strok/Angin Ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala Strok/Angin Ahmar, sila berbincang dengan
petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan
ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami

Strok/Angin Ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?
Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
• Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
• Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
• Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
• Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
• Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
• Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
• Sukar menelan

Apakah jenis-jenis Strok/Angin Ahmar?
Terdapat 2 jenis Strok/Angin Ahmar utama:
• Thrombotic/ischaemic stroke
o Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.


• Haemorrhagic stroke
o Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah

Apakah rawatan untuk Strok/Angin Ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat Strok/Angin Ahmar perlu :
• Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang
telah rosak
• Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
• Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
• Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman
menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti
harian(ADL)
• Nasihat amalan pemakanan sihat

Bolehkah saya mengelak dari serangan Stroke/Angin Ahmar?

Faktor risiko yang menyumbang Strok/Angin Ahmar boleh dikurangkan seperti :
• Kawal tekanan darah
• Kawal tahap Kolesterol
• Kawal penyakit Diabetes
• Amalkan cara pemakanan sihat
• Berhenti merokok
• Kerap bersenam
• Menangani tekanan mental
• Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit Strok/Angin Ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin
mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas
kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit
angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam hal-hal seperti:
• Jurupulih Pertuturan
o membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap
kebolehan menelan
• Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
o mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan
pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan
pesakit Strok/Angin Ahmar
• Jurupulih Perubatan (Anggota)
o mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan

Dimanakah Kumpulan Sokongan Pesakit Strok/Angin Ahmar boleh
diperolehi?
• Nasam - National Stroke Association of Malaysia
Semakan akhir : 22 April 2008

Thursday, April 21, 2011

Anggota Badan Sakit & Kesan Dalam Badan

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A.K E PA LA .
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas .. Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a.L O YA /M U N TAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggangmengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakanproses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
b)SEMBE LIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses
penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan
banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i)Sistem jantung yang lemah.
ii)Sistem saraf otak yang lemah.
iii)Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah

Tips Menilai Kesihatan Anggota Badan Anda : LAIN-LAIN Bahagian

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah..Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme
tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas
menjadi sakit di bahagianlengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot)

Tips Menilai Kesihatan Anggota Badan Anda : MULUT & LIDAH

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang
berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid
berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

Tips Menilai Kesihatan Anggota Badan Anda : TEKAK & BIBIR

3. BATUK

a.Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan
paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang
tercemar.

4. KERONGKONG i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda
bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan
mengakibatkan kekurangan zatbesi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan
RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

Tips Menilai Kesihatan Anggota Badan Anda : HIDUNG

2. HIDUNG Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i)Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan
(biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah
alahan hidung.
iii)Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.